Theme Preview Rss

Hepi belated birthday to me...2009

Walaupun birthday saya da lepas..tp saya tetap nk upload gmbr2 waktu kejadian..heh!! itupun suami lmbt celebrate..outstation seminggu..so kene la cover balik..btul dak??!!!


Seperti biasa lokasi mkn msti ikut tekak saya..tak kira lah birthday sapa pun..saya atau suami atau Auni...Mahdi blum lg..yey!!! tak sabo rasanya...Oh yer..kami mkn di kenny rogers jer..Tapi, cuba perhati gmbr diatas dan dibawah...apa perbezaannya....

Dapat cari tak??? Huhuhu.........
Mahdi : Wawawawa...cantiknya jam baru mama...
Terima Kasih abang...puas hati ai dpt jam baru tau!!!! (bunyi mcm paksa beli jer..hehehe)

Hari Staf

Godeh punya godeh terjumpa video lawak semasa unit kebajikan tempat saya bekerja mengadakan hari staf di....saya lupa nama tempatnya..Hahah!!!

Nyum2...makan jer...
Buat apa tu bang??? Heheh

Sekodeng apa tue???

Hansemnya mamat boroi ini... :)

Oh...saya lg boroi..tp takpe yer...masa ni i ngandung kay!!!

Say Cheeseeeeeeeee!!!!



Majlis Bercukur Rambut Muhammad Amirul Mahdi


Majlis cukur rambut Mahdi dibuat pada Hari Raya Aidiladha yang lepas di rumah ibubapa saya, Skudai Johor. Mulanya majlis cukur rambut dan akikah dijalankan semasa saya dlm pantang lg. Namun, kami hanya merancang...Bapa mertua saya sakit dan meninggal..Jadi majlis ini tertangguh...Namun saya bersyukur arwah bapa mertua saya sempat melihat cucu lelakinya yang kedua ni...Siap ambil saya dan baby di hospital lg...


Namun, majlis kali ini hanya mencukur rambut mahdi...tiada akikah kerana ingin dibuat thn depan..akikah untuk saya sekali...ibubapa saya tidak mampu membuat akikah untuk saya, jd sunat untuk mengakikahkan diri sendiri setelah ada kemampuan...Majlis cukur rambut Mahdi disempurnakan oleh Ustaz Hj. Mohd Nor Rashid Hj Mohd Yassin.

Ingin sekali saya berkongsi apa yang saya perolehi dari Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim Daerah Johor Bahru.

Tuntutan Perlaksanaan Hari Ke-7 Kelahiran Bayi

1) MENGAQIQAHKAN ANAK

Hukum aqiqah - sunat Muakkadah. Anak perempuan satu bahagian, anak lelaki dua bahagian. Binatang aqiqah ( kambing, biri-biri, lembu, kerbau, unta). Masa Aqiqah - 7 hari/14hari/21 hari sehingga baligh. Selepas baligh ibubapa buat Qurban bukan lagi aqiqah. Selepas baligh anak yang belum diaqiqahkan oleh ibubapanya sunat mengaqiqahkan diri sendiri setelah ada kemampuan. Tujuan aqiqah - melepaskan anak dari ikatan tuntutan mungkar, gangguan syaitan dan bahaya.

2) CUKUR RAMBUT BAYI

Hukum Bercukur - sunat Muakkadah. Membotakkan kepala samaada dilakukan sendiri atau diupah. Tujuan bercukur dan hikmah bercukur: 1)Sudut kesihatan: Bercukur akan membuka liang penglihatan, pendengaran, dan pernafasan anak tersebut. ii)Sudut kemasyarakatan: Selepas mencukur rambut anak maka ibubapa disunatkan untuk mengumpulkan semua rambut itu, ditimbangkan nilainya lalu meyedekahkan nilaian tersebut kepada faqir miskin.

PERHATIAN!

Hindarilah perbuatan khurafat yang bercanggah dan menyalahi peraturan dan perundangan agama seperti:

1)Bercukur hanya sebahagian yang tertentu sahaja daripada mana-mana bahagian kepala anak (perbuatan ini dilarang keras oleh Rasulullah S.A.W disebut dalam sebuah hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

2)Menggunakan buah kelapa dan ramuannya seperti garam, bunga, beras kunyit, lempar duit syiling dan lain-lain kerana ini diambil dan ditiru dari amalan dan budaya agama hindu.Hadis Nabi S.A.W : Sesiapa yang meniru suatu kaum (pada perkara menyalahi syarak) maka jadilah dia termasuk golongan itu.

TIMBANG RAMBUT DAN SEDEQAH

Hukumnya Sunat Muakkadah. Rambut anak dikumpul dan ditimbang. Dinilai dengan emas dan perak. Wangnya kemudian disedeqahkan kepada faqir miskin. kebaikan sedeqah diniatkan untuk anak dan keluarga.

Video Majlis Bercukur Mahdi

The Apple Of My Eyes

Buah hati mama & papa














Nuffnang