Theme Preview Rss

gambar saje





Mahdi ku sudah belajar duduk sendirik!!!!!!!!!!!!!'


hehehehehe...suka hati mama

Facebook

Facebook...rata2 semua ada facebook...

Termasuklah saya..Tapi apa kegunaannya??

Saya gunakan Facebook utk meng'update' dgn kwn2 lama..

terutamanya semasa belajar di sekolah dan di uni

Anda bagaimana???

Namun, ada yang mengatakan syubhah menggunakan facebook

Ini kerana pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi.



Ini saya cari di sebuah laman web ustaz zaharuddin.



1) Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?
Kesimpulan bagi soalan ini telah saya ulas panjang lebar dalam artikel terdahulu.
Baca di sini . Kesimpulannya, adalah dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, menggunapakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi, selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal.
Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis yang sohih telah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang yahudi, iaitu :



‏أَنَّ النبي صلى الله عليه وسلم اشْتَرَى طَعَامًا من يَهُودِيٍّ إلى أَجَلٍ وَرَهَنَهُ دِرْعًا من حَدِيدٍ


Ertinya : "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW" ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841)
Tambahan dalil boleh dibaca dari link artikel saya yang lalu di atas.

2) Apa maksud saudara penyoal dengan ayat ‘menyumbang kepada bangsa Yahudi'?


Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah s.a.w dan para sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah.
Cuma persoalannya di sini, adalah menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis. Namun adakah dakwaan itu boleh dibuat dan dipercayai semudah itu, tanpa sebarang bukti jelas dan hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?

3) Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?

Begini, jika ternyata dari sumber yang sohih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang mana digunakan hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, tatkala itu barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama.
Dalam konteks facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah facebook, tidak menyertakan bukti jelas berkenaan hal ini. Semuanya membuat andaian itu dan ini, sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar boleh mengajak kita untuk berhati-hati dan peka sahaja.
Malah majoriti pengguna facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat tersebut. Kecuali yang menyertai skim-skim yang ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan)
Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti-bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum. Justeru boleh saya katakan, kajian telah dibuat dan kami gagal MENDAPATI sebarang bukti untuk menyokong andaian-andaian pihak yang membuat andaian.
Jika dikatakan
"bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pihak syarikat facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap-senyap"
Tanpanya, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama ini. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara dan aktviti lain, kerana larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam beragama Hindu, Kristian, Buddha dan lainnya. Penjual-penjual tersebut juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap. Akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri, hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti yang jelas.
Oleh kerana itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukum adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun facebook.
Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syuhbat diketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian ‘case by case'.
Cuma menurut maklumat yang diterima, puak Yahudi Zionis sendiri TIDAK PUAS HATI dengan facebook.

Pun begitu, pengguna facebook sukar untuk dibebankan dengan masalah ini kerana mereka TIDAK BERJUAL BELI denga facebook, mereka hanya menggunakannya secara percuma. Jika dikatakan, penggunanya menyebabkan trafik facebook menjadi tinggi dan iklan mencurah masuk lalu memberi keuntungan kepada pemilik facebook. Ia juga sukar kerana kesesakan trafik bukanlah bersifat ‘direct' membantu facebook, tambahan pula sebagaimana di katakan tadi, tidak jelasnya sumbangan kepada keganasan Yahudi.


4) Privacy pengguna facebook dijajah?

Ini mungkin ada benarnya, setelah saya menghabiskan bacaan privacy policy yang terkandung di dalam web facebook, ia memberikan gambaran bahawa gambar, info dan segala yang terkandung di dalam facebook kita boleh tetap wujud di facebook orang lain yang dikongsi, dan saya yakin pihak facebook juga mempunyai simpanan data terbabit.

Policy menyebutkan :

"Even after you remove information from your profile or delete your account, copies of that information may remain viewable elsewhere to the extent it has been shared with others, it was otherwise distributed pursuant to your
privacy settings, or it was copied or stored by other users."

Terma ini adakalanya boleh membawa sedikit mudarat jika tidak ditangani dengan bijak oleh pengguna. Namun demikian, terma ini sahaja tidak mampu menjadi keseluruhan facebook sebagai haram.

Selain itu, juga disebutkan:

To respond to legal requests and prevent harm. We may disclose information pursuant to subpoenas, court orders, or other requests (including criminal and civil matters) if we have a good faith belief that the response is required by law. This may include respecting requests from jurisdictions outside of the United States where we have a good faith belief that the response is required by law under the local laws in that jurisdiction, apply to users from that jurisdiction, and are consistent with generally accepted international standards. We may also share information when we have a good faith belief it is necessary to prevent fraud or other illegal activity, to prevent imminent bodily harm, or to protect ourselves and you from people violating our
Statement of Rights and Responsibilities. This may include sharing information with other companies, lawyers, courts or other government entities."

Berdasarkan kepada terma di atas. Sebenarnya pihak facebook mempunyai hak untuk mendedahkan informasi kita kepada mana-mana berdasarkan alasan yang disebut di atas. Tiada takrif jelas bagi yang disebut di atas, semua masih tetap terpulang kepada keputusan pihak facebook. Maka menyerahkan info dan gambar kita kepada syarikat tertentu, CIA, FBI atau apa jua badan kerajaan adalah hak facebook jua.

Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan pengunaan facebook sebagai haram, apa yang perlu adalah kawalan dan had limit.

KESIMPULAN



Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut :

- Hukum membuka akaun dan menggunakan facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama facebook samada melalui dana kepada Yahudi, Amerika dan lainnya.

-Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latarbelakang pengasas dan syarikat facebook, mereka dinasihatkan untuk TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna facebook agar sentiasa berhati-hati, namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram secara umum.

-Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan untuk :-

a- Memanupulasi akaun facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Justeru, ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.
b- Limitasikan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.
c- Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi ( khsusunya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had limitasi, tanpa kawalan ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat. Di samping ia akan kekal di facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook.
d- Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.
e- Tidak terlibat dengan permainan-permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar ‘main-main' atau tidak.
f- Tidak mempercayai aplikasi tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma facebook. Sama ada atas dasar ‘main-main' atau tidak.
g- Menyedari bahawa maklumat kita di facebook boleh menjadi database pihak asing untuk memantau kehidupan dan informasi peribadi kita jika tidak dikawal. Database sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana facebook. Hatta parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu update sebagaimana facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan.

Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna dan membuka akaun facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Malah jikalau terdapat unsur syubhat sekalipun, ia telah diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui facebook itu.
Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman
Petikan sumber: http://www.zaharuddin.net/


Jadi terpulang pada pendapat individu. Namun bagi saya, saya menggunakannya tiada berlebihan. Hanya untuk menghubungi kawan2 dan sanak saudara. saya tidak terpengaruh dengan permainan online games yang saya sifatkan hanya membuang masa saja. Saya juga tidak langsung berminat dengan ramalan2 yang ditawarkan. Cuma satu sahaja saya ralat saya telah meletakkan bermacam gambar sedangkan gambar tersebut walaupun telah didelete tetapi masih ada dalam simpanan pihak facebook.... saya juga sedih melihat gambar2 anak muda langsung mencerminkan kehidupan mereka. Saya memperingati diri saya dan keluarga saya sendiri...

Kata Positif

Alahai anak bujangku....

Lagi 2 minggu umur Mahdi mencecah 7 bulan,

Mahdi dah pandai merangkak...

Lagi seminggu umur Mahdi mencecah 7 bulan,

Mahdi dah pandai duduk.....

Padahal pinggang tak kuat lagi...

Tapi bila lihat kesungguhan Mahdi...

Saya dan suami kagum sungguh..

Memang bersungguh berbeza dgn umurnya yg masih mentah...

Kadang kala terfikir usaha saya mencipta suasana yang positif disekekeliling anak2..

Dulu semasa anak pertama, saya masih muda tiada pengalaman

Jaga macam biasa jer...

Bila dah bergaul dengan ramai orang, mendengar ceramah disini sana

mendengar nasihat dari suami tercinta..

saya sentiasa keluarkan ayat2 yg positif sahaja dr mulut saya..

Auni pandai...Mahdi cerdik...Auni cantik...Mahdi comel...

Setiap kali membuat susu, saya baca Bismillah, selawat dan ucap kata2 baik...

Memang nampak perubahannya..

saya tidak mengharapkan anak2 saya bekerja besar...

Berkahwin dengan org kaya...

Menjadi kaya raya

Cukuplah...

Dengan menjadi org berilmu, sederhana...dan berguna..

itu sudah menyejukkan hati saya...

InsyaAllah.....

Mehla Jd Kawan Saya

Ada nampak tak disebelah kanan sidebar saya nie----->
Meh la jd kawan saya....

Mehla...mehla...mehla...


Heheheeeeee

Jgn la....

Saya la kan...memang tengah bengang tahap gaban...

Sajak yang saya cipta ni mmg khas utk si dia yg tak reti bahasa..


Wahai sang penunggu hantu

berapa kali mau aku bilang

jgn kacau aku

jgn kontek aku

jgn haru biru hari aku

aku tak suke

aku tak gemar

aku rimas aku lemas!

cerita dulu simpan dlm poket je lah

awat nk ungkit2..

aku dah beranak pinak

aku pun da membiak besor

aku bukannya cantik

buruk rupe

tak mancung, mata besor, kulit hitam

apa yg ko pandang pn aku tak tahu la...

aku sayang suami aku

aku sayang anak2 aku

takdenye aku nk pandang ko

ko boleh blah..hahaha

tp ko tak phm2

nk aku ckp bahasa apa??

aku tak reti

ckp omputih pun tergagap2...

akhir kata

jangan kacau aku!!!!!!!!!!!



sekian, terima kasih..........

Cantik ka???

Apa perasaan anda kalau seseorang mengatakan anda cantik???
Pulak yg kata tu org yang anda sayang....
Mesti berbunga hati berhari-hari...
Saya pun...
walaupun tahu saya tak secantik mana...tapi bila dpt pujian dr suami tercinta...
rasanya jalan pun tak jejak tanah....hehehehe
sentiasa terngiang2...
Macam zaman bercinta plak...hehehe
itulah...sekali sekala bagi pujian pada suami atau isteri memang mampu memberi
impak yang besar pada seseorang ituuuu...:)
tapi jangan lupa diri sudah!!! hahaha! itu namanya tak tau malu....:))








Weeeee...I'm just coming back from a long long long holiday....yesszzzahhh..wpn tired tp puas dpt balik my hometown. Dpt jmpa mak ayah tak yah kemana2 pun dah cukup rahmat. Tapi saya duk umah??? Wah2 it's not in my agenda at all!



Sampai di Bangi, Abun masuk spital la plak. Berapa kali da hang kene denggi..Tp takpe..kali ni hang masuk spital lebih bermakna sbb ada seorg insan yg bergelar tunang dtg melawat..Huhuhu...happy lah tue....



3 hari kemudian, zzzooooommmm trus ke Jaybee...syok gila!! Yang lawaknyer takde sapa yg tau anakanda winda mau balik..hehehe...smpi2 umah dah jam 10 mlm..perut dah berdangdut.tepon mak pura2 tanya masak apa..ada lg ke??(mak dah syak..tp pandai cover la..)weh! ikan tinggal sekor.letak tepon suami tanya ada nasi lg tak..hahaha kantoi la wei kalau tanya soalan tu kan...hahaha. Aplg pi la mkn kat kedai jer..nk buat surprise tp mkn diri...:))



Jam 11 lebih br smpi umah..ketuk2 pintu pagar, dgr ayah membebel sapa yg dtg tgh2 mlm..bila tgk muka baby Mahdi terjegul dpn pintu trus happy!! saya bukannya apa..kalau bg tau mak ayah sibuk buat mcm2...rilek2 udah la..salehin bukannya anak raja pun...:)






Agenda utama balik JB konon2nya nk jumpa kwn2 lama..tapi haaarrrrraaammmmm...sume sibuk kot..aku pun sibuk gak..hehehe. Sibuk mkn tdo.perghhh..mmg nikmat dunia la..






Ni on the way ke majidee selepas balik dari airport. Kami dah beli flight ticket to KK since may last year. That time baby tak kuor pun lg..so mana ada nama...jd pi la kaunter tambah nama Mahdi



Baju dan tudung ditaja oleh Anjang...hahaha..I didn't bring enough baju...main sauk je la apa yg ada dlm lemari kakak aku...hehehe..hartamu hartaku jua...

Nuffnang