Theme Preview Rss

Mahdi

Alhamdulillah...saya selamat melahirkan anak lelaki seberat 3.22 kg waktu 5.25pm pada hari Ahad 26 Julai 2009..Kami suami isteri sepakat menamakan nama bayi kami Muhammad Amirul Mahdi..yang bermaksud pemimpin/ ketua yang mendapat petunjuk/hidayah...semoga Mahdi menjadi anak yg soleh..

Hari pertama Mahdi..beberapa jam selepas dilahirkan.. Kali pertama papa melihat Mahdi dan diazankan...
Saya bersyukur anak saya sihat dan sempurna..cuma teringat kata rakan sekerja saya yg selalu mengusik saya...anak saya hitam legam...hehehe..akhirnya anak saya cerah tidak seperti saya..:) Minumlah yogurt banyak2!!! Ini rahsia saya...

Al-Fatihah

Setiap manusia akan pergi jua............Al-Fatihah buat Allahyarham Abas Bin Salleh. Seorang bapa, tok wan dan mentor...

Cabaran Kehidupan

Sudah 11 hari saya tidak bertemu dgn suami...Saya kasihankan Auni, nampak sgt dia rindukan papanya. Saya jadi sebak setiap kali dia menumpang kasih abang ipar saya. Malam ni kakak saya minta izin ingin membawa Auni pulang kerumahnya. Terus terang, saya berat hati tapi bila melihat kepala Auni lentok di bahu Abang ipar saya, saya jadi sayu. Saya tahu perasaan dia..dia rindukan papanya. Saya memberi izin sambil saya berbisik pada Auni utk jaga tingkah laku..Dengan mata layunya dia mengangguk. Ya, saya tahu anak sulung saya sudah faham kata2 saya..

Ketika ini, seluruh keluarga saya sedang berbual di beranda rumah. Ya, hari ini adalah ulangtahun perkahwinan ibubapa saya yg ke 40thn. Saya berharap rumahtangga saya dan suami kekal hingga ke akhir hayat. Mahdi pula disisi saya. Rasa sunyi pula sebab tiada Auni. Kalau tak riuh dengan suara dia sampaikan Mahdi asyik terjaga dari tidur yg lena.

Salehin berada di bangi...Saya teringin sekali berada disisi dia..Saya tahu dia perlukan saya. Tapi dari suara dia saya tahu dia tenang dan redha seperti ibu mertua saya. Ya Allah, Kau peliharalah bapa mertuaku..Sesungguhnya Kau Maha Pengasih, Maha Penyayang lagi Maha Pengampun. Semoga bapa mertuaku terima yang terbaik utk dirinya...

Semoga kami sekeluarga semakin tabah dan cekal menghadapi dugaan dalam kehidupan ini...Dan saya sedar saya semakin matang...

Dugaan Kami Sekeluarga

Alhamdulillah, saya telah selamat melahirkan seorang anak lelaki pada hari Ahad 26 Julai 2009 seberat 3.22kg. Rasanya walaupun sudah ada pengalaman melahirkan Auni sebelum ni, tapi proses melahirkan Mahdi masih lagi menjadi satu pengalaman yang mengerikan malah lebih menyakitkan. Tapi tu kesakitan tu semua terubat bila Mahdi selamat dilahirkan. Rasa sungguh bersyukur dan lega bila Mahdi diletakkan diatas perut saya. Rupanya saling tak tumpah seperti kakaknya Auni...

Penerimaan Auni terhadap Mahdi agak pasif. Mungkin Auni terasa akan kehadiran orang baru akan mengugat tempatnya. Tapi lama kelamaan perasaan kasih sayangnya tertumpah juga pada Mahdi. Diusapnya kepala Mahdi, diciumnya pipi tangan Mahdi..

Tapi kegembiraan kami sekeluarga diduga dengan pelbagai perkara. Pertamanya Mahdi mengalami jaundice. Pada hari kedua Mahdi dibawa ke klinik kesihatan dan disahkan jaundice dimana bacaannya 163. Kira tinggi gak la. keesokkannya aku bertolak balik ke Bangi dan sekali lg Mahdi dibawa ke klinik kesihatan di bandar baru bangi. Makin tinggi bacaannya 255. Kami disuruh ke hospital dan Mahdi akan ditahan di wad. Bukan main risau kami suami isteri. Tapi kami mengambil keputusan utk usaha sendiri dengan memberi Mahdi susu kambing dan air sengkuang cina (waterchest melon - kalau tidak silap sayalah). Kami ke johor pulak sbb saya nk berpantang dirumah org tua saya dan bacaan Mahdi turun sedikit 238. Belum lg reda masalah kami Auni pula demam panas..dua kali ke klinik tp suhunya tak surut lgsg. Ini disebabkan Auni refuse utk mkn minum dan mkn ubat..jln pun smpi menggigil. Akhirnya doktor keluar surat utk Auni dihantar ke hospital.

Lega hati saya bila sallehin dpt sambung cuti. Terasa patah tangan kaki saya jika tiada suami disisi ketika saya amat memerlukan dia. Tapi Allah ingin menguji saya. Bapa mertua saya mengalami kemalangan dan keadaannya amat kritikal. Tak dapat saya bayangkan betapa sedih saya melihat muka Sallehin yang risau dan sedih. Mana risau melihat Auni yg asyik merengek dan Mahdi yg masih kuning. Ditambah pula bapa tersayang dalam keadaan kritikal. Saya perlu kuat dlm menguruskan 2 anak kecil saya memandangkan suami terpaksa pula bekejar ke Bangi.

Alhamdulillah, Auni kembali sihat setelah mendapat rawatan di Hospital pakar Puteri di Johor Bahru (layanan yg saya terima amat mengkagumkan). Cuma tinggal batuk dan perangai manjanya yg inginkan perhatian. Mahdi pula dah bebas dr kuning. Itupun setelah tali pusatnya tertanggal.

Apa yg masih merisaukan saya adalah keadaan bapa mertua saya. Semoga Allah membantu kami sekeluarga. Sallehin pun jatuh demam. Ya, saya amat merindukan suami saya....

Nuffnang