Theme Preview Rss

Hepi belated birthday to me...2009

Walaupun birthday saya da lepas..tp saya tetap nk upload gmbr2 waktu kejadian..heh!! itupun suami lmbt celebrate..outstation seminggu..so kene la cover balik..btul dak??!!!


Seperti biasa lokasi mkn msti ikut tekak saya..tak kira lah birthday sapa pun..saya atau suami atau Auni...Mahdi blum lg..yey!!! tak sabo rasanya...Oh yer..kami mkn di kenny rogers jer..Tapi, cuba perhati gmbr diatas dan dibawah...apa perbezaannya....

Dapat cari tak??? Huhuhu.........
Mahdi : Wawawawa...cantiknya jam baru mama...
Terima Kasih abang...puas hati ai dpt jam baru tau!!!! (bunyi mcm paksa beli jer..hehehe)

Hari Staf

Godeh punya godeh terjumpa video lawak semasa unit kebajikan tempat saya bekerja mengadakan hari staf di....saya lupa nama tempatnya..Hahah!!!

Nyum2...makan jer...
Buat apa tu bang??? Heheh

Sekodeng apa tue???

Hansemnya mamat boroi ini... :)

Oh...saya lg boroi..tp takpe yer...masa ni i ngandung kay!!!

Say Cheeseeeeeeeee!!!!



Majlis Bercukur Rambut Muhammad Amirul Mahdi


Majlis cukur rambut Mahdi dibuat pada Hari Raya Aidiladha yang lepas di rumah ibubapa saya, Skudai Johor. Mulanya majlis cukur rambut dan akikah dijalankan semasa saya dlm pantang lg. Namun, kami hanya merancang...Bapa mertua saya sakit dan meninggal..Jadi majlis ini tertangguh...Namun saya bersyukur arwah bapa mertua saya sempat melihat cucu lelakinya yang kedua ni...Siap ambil saya dan baby di hospital lg...


Namun, majlis kali ini hanya mencukur rambut mahdi...tiada akikah kerana ingin dibuat thn depan..akikah untuk saya sekali...ibubapa saya tidak mampu membuat akikah untuk saya, jd sunat untuk mengakikahkan diri sendiri setelah ada kemampuan...Majlis cukur rambut Mahdi disempurnakan oleh Ustaz Hj. Mohd Nor Rashid Hj Mohd Yassin.

Ingin sekali saya berkongsi apa yang saya perolehi dari Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim Daerah Johor Bahru.

Tuntutan Perlaksanaan Hari Ke-7 Kelahiran Bayi

1) MENGAQIQAHKAN ANAK

Hukum aqiqah - sunat Muakkadah. Anak perempuan satu bahagian, anak lelaki dua bahagian. Binatang aqiqah ( kambing, biri-biri, lembu, kerbau, unta). Masa Aqiqah - 7 hari/14hari/21 hari sehingga baligh. Selepas baligh ibubapa buat Qurban bukan lagi aqiqah. Selepas baligh anak yang belum diaqiqahkan oleh ibubapanya sunat mengaqiqahkan diri sendiri setelah ada kemampuan. Tujuan aqiqah - melepaskan anak dari ikatan tuntutan mungkar, gangguan syaitan dan bahaya.

2) CUKUR RAMBUT BAYI

Hukum Bercukur - sunat Muakkadah. Membotakkan kepala samaada dilakukan sendiri atau diupah. Tujuan bercukur dan hikmah bercukur: 1)Sudut kesihatan: Bercukur akan membuka liang penglihatan, pendengaran, dan pernafasan anak tersebut. ii)Sudut kemasyarakatan: Selepas mencukur rambut anak maka ibubapa disunatkan untuk mengumpulkan semua rambut itu, ditimbangkan nilainya lalu meyedekahkan nilaian tersebut kepada faqir miskin.

PERHATIAN!

Hindarilah perbuatan khurafat yang bercanggah dan menyalahi peraturan dan perundangan agama seperti:

1)Bercukur hanya sebahagian yang tertentu sahaja daripada mana-mana bahagian kepala anak (perbuatan ini dilarang keras oleh Rasulullah S.A.W disebut dalam sebuah hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

2)Menggunakan buah kelapa dan ramuannya seperti garam, bunga, beras kunyit, lempar duit syiling dan lain-lain kerana ini diambil dan ditiru dari amalan dan budaya agama hindu.Hadis Nabi S.A.W : Sesiapa yang meniru suatu kaum (pada perkara menyalahi syarak) maka jadilah dia termasuk golongan itu.

TIMBANG RAMBUT DAN SEDEQAH

Hukumnya Sunat Muakkadah. Rambut anak dikumpul dan ditimbang. Dinilai dengan emas dan perak. Wangnya kemudian disedeqahkan kepada faqir miskin. kebaikan sedeqah diniatkan untuk anak dan keluarga.

Video Majlis Bercukur Mahdi

The Apple Of My Eyes

Buah hati mama & papa














1st Day Mahdi di rumah pengasuh

Hari nie hari pertama saya bekerja setelah 2 bulan bercuti...Tak dinafikan ada sedikit stress..bukannya stress kene bekerja tapi stress terpaksa meninggalkan anak di rumah pengasuh. Bukannya tidak percaya kpd pengasuh..Saya tau pengasuh anak saya amat cekap dan mampu menguruskan 6 anak sekaligus..cuma saya rasa simpati pada anak kecil saya kerana kurang perhatian dan terpaksa berkongsi kasih pengasuh...Ya, saya memang tamak..Saya mahukan Auni dan Mahdi mendapat kasih sayang mutlak pengasuhnya...Tapi inilah hakikatnya..saya tidak mahu menghantar anak ke taska kerana kondisinya sama sahaja...'



Tengahari; saya terlupa membawa pemerah susu...Lalu saya terus kerumah pengasuh untuk nyusukan Mahdi. Kesian Mahdi, terpinga2 melihat saya menjengah muka di buaian. Saya susukan Mahdi didalam kereta barulah ada privacy..Selesai menyusu dia senyum memanjang menatap mata saya..Aduh, pandangan mata inilah yang buat hati saya cair...bisa membuat saya menangis..Rasa macam nk ambil cuti tanpa gaji khas untuk menyusu Mahdi..Terus saya serahkan kepada pengasuh tidak mahu berlama dengan Mahdi..Saya mengaku saya tidak kuat..
Terus ke pejebat suami, ingin memulangkan kunci kereta..airmata akhirnya turun jua...Tapi saya tau perasaan itu sementara sahaja..sepertimana perasaan saya kali pertama menghantar Auni ke rumah pengasuh...Harap anak2ku memahami..
Hari pertama Hari Raya Aidilfitri kami di Bangi..kami masih merasa kehilangan ayahanda kami yang tercinta...Pemergian Baba belum lagi mencecah 40 hari...Saya seperti masih terasa kehadiran bapa mertua saya...Mama saya lihat sungguh tabah dan kuat..Setitis airmata tidak kelihatan..namun saya tahu mama menangis setiap kali usai solat...ada saya bertanyakan perihal baba..dan setiap kali mama akan bercerita mengenai baba tanpa henti...mama masih terkenang baba...bukan teringat tapi terkenang...mama terkenang baba sampai akhirnya..... Sesi bermaafan di pagi yang sungguh tenang..Bagi saya dan suami, amanat mama sungguh berat buat kami yg masih mentah..Namun, kami suami isteri sepakat akan mencuba sedaya mungkin untuk mencapai hasrat arwah baba dan mama juga, bahkan hasrat kami suami isteri juga...insyaAllah kalau itu diberi keizinan olehNya....


Mahdi and his cousin....Adenin...


Anak2 saudaraku adalah anak-anakku jua..

Mahdi ngan Pak Long...

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami sekeluarga...
Maaf Zahir Dan Batin

Tragedi Raya

Saya suka2 buat kueh raya yang simple...buat dgn Auni...bg tugas tabur segala benda kecik mak nenek tue..tp mak aih, penuh satu genggam dia tabur...kalau mak ko buka kilang benda alah tu nak.....mmg bankrup!!!
Tragedinya..heheh!! Marah suami dgn saya..aiseh..nk wat camner..bknnya saya sengaja...saya bakar la cornflakes tue dlm oven..bila dah berbunyi saya pun pi la ke dapur..sangkaan saya Auni sedang leka bermain dgn papanya...saya letak dulang pembakar (yg masih panas) diatas meja. Datang Auni nk mengintai konon kuih yg dibuatnya diatas meja tu..tup2 bibir dia melecur terkena dulang pembakar yg panas tuh...alahai..kesian anak mama....
Sekali tabur, sekali makan...aiseh..Meriah kan????

Tak nampak kesan dibibir....
belum nampak..pandai coverha..nmpk tak kesan hitam atas bibir Auni tu???
Mahdi : Hahahaha....Tragedi Raya!!!

Mahdi

Alhamdulillah...saya selamat melahirkan anak lelaki seberat 3.22 kg waktu 5.25pm pada hari Ahad 26 Julai 2009..Kami suami isteri sepakat menamakan nama bayi kami Muhammad Amirul Mahdi..yang bermaksud pemimpin/ ketua yang mendapat petunjuk/hidayah...semoga Mahdi menjadi anak yg soleh..

Hari pertama Mahdi..beberapa jam selepas dilahirkan.. Kali pertama papa melihat Mahdi dan diazankan...
Saya bersyukur anak saya sihat dan sempurna..cuma teringat kata rakan sekerja saya yg selalu mengusik saya...anak saya hitam legam...hehehe..akhirnya anak saya cerah tidak seperti saya..:) Minumlah yogurt banyak2!!! Ini rahsia saya...

Al-Fatihah

Setiap manusia akan pergi jua............Al-Fatihah buat Allahyarham Abas Bin Salleh. Seorang bapa, tok wan dan mentor...

Cabaran Kehidupan

Sudah 11 hari saya tidak bertemu dgn suami...Saya kasihankan Auni, nampak sgt dia rindukan papanya. Saya jadi sebak setiap kali dia menumpang kasih abang ipar saya. Malam ni kakak saya minta izin ingin membawa Auni pulang kerumahnya. Terus terang, saya berat hati tapi bila melihat kepala Auni lentok di bahu Abang ipar saya, saya jadi sayu. Saya tahu perasaan dia..dia rindukan papanya. Saya memberi izin sambil saya berbisik pada Auni utk jaga tingkah laku..Dengan mata layunya dia mengangguk. Ya, saya tahu anak sulung saya sudah faham kata2 saya..

Ketika ini, seluruh keluarga saya sedang berbual di beranda rumah. Ya, hari ini adalah ulangtahun perkahwinan ibubapa saya yg ke 40thn. Saya berharap rumahtangga saya dan suami kekal hingga ke akhir hayat. Mahdi pula disisi saya. Rasa sunyi pula sebab tiada Auni. Kalau tak riuh dengan suara dia sampaikan Mahdi asyik terjaga dari tidur yg lena.

Salehin berada di bangi...Saya teringin sekali berada disisi dia..Saya tahu dia perlukan saya. Tapi dari suara dia saya tahu dia tenang dan redha seperti ibu mertua saya. Ya Allah, Kau peliharalah bapa mertuaku..Sesungguhnya Kau Maha Pengasih, Maha Penyayang lagi Maha Pengampun. Semoga bapa mertuaku terima yang terbaik utk dirinya...

Semoga kami sekeluarga semakin tabah dan cekal menghadapi dugaan dalam kehidupan ini...Dan saya sedar saya semakin matang...

Dugaan Kami Sekeluarga

Alhamdulillah, saya telah selamat melahirkan seorang anak lelaki pada hari Ahad 26 Julai 2009 seberat 3.22kg. Rasanya walaupun sudah ada pengalaman melahirkan Auni sebelum ni, tapi proses melahirkan Mahdi masih lagi menjadi satu pengalaman yang mengerikan malah lebih menyakitkan. Tapi tu kesakitan tu semua terubat bila Mahdi selamat dilahirkan. Rasa sungguh bersyukur dan lega bila Mahdi diletakkan diatas perut saya. Rupanya saling tak tumpah seperti kakaknya Auni...

Penerimaan Auni terhadap Mahdi agak pasif. Mungkin Auni terasa akan kehadiran orang baru akan mengugat tempatnya. Tapi lama kelamaan perasaan kasih sayangnya tertumpah juga pada Mahdi. Diusapnya kepala Mahdi, diciumnya pipi tangan Mahdi..

Tapi kegembiraan kami sekeluarga diduga dengan pelbagai perkara. Pertamanya Mahdi mengalami jaundice. Pada hari kedua Mahdi dibawa ke klinik kesihatan dan disahkan jaundice dimana bacaannya 163. Kira tinggi gak la. keesokkannya aku bertolak balik ke Bangi dan sekali lg Mahdi dibawa ke klinik kesihatan di bandar baru bangi. Makin tinggi bacaannya 255. Kami disuruh ke hospital dan Mahdi akan ditahan di wad. Bukan main risau kami suami isteri. Tapi kami mengambil keputusan utk usaha sendiri dengan memberi Mahdi susu kambing dan air sengkuang cina (waterchest melon - kalau tidak silap sayalah). Kami ke johor pulak sbb saya nk berpantang dirumah org tua saya dan bacaan Mahdi turun sedikit 238. Belum lg reda masalah kami Auni pula demam panas..dua kali ke klinik tp suhunya tak surut lgsg. Ini disebabkan Auni refuse utk mkn minum dan mkn ubat..jln pun smpi menggigil. Akhirnya doktor keluar surat utk Auni dihantar ke hospital.

Lega hati saya bila sallehin dpt sambung cuti. Terasa patah tangan kaki saya jika tiada suami disisi ketika saya amat memerlukan dia. Tapi Allah ingin menguji saya. Bapa mertua saya mengalami kemalangan dan keadaannya amat kritikal. Tak dapat saya bayangkan betapa sedih saya melihat muka Sallehin yang risau dan sedih. Mana risau melihat Auni yg asyik merengek dan Mahdi yg masih kuning. Ditambah pula bapa tersayang dalam keadaan kritikal. Saya perlu kuat dlm menguruskan 2 anak kecil saya memandangkan suami terpaksa pula bekejar ke Bangi.

Alhamdulillah, Auni kembali sihat setelah mendapat rawatan di Hospital pakar Puteri di Johor Bahru (layanan yg saya terima amat mengkagumkan). Cuma tinggal batuk dan perangai manjanya yg inginkan perhatian. Mahdi pula dah bebas dr kuning. Itupun setelah tali pusatnya tertanggal.

Apa yg masih merisaukan saya adalah keadaan bapa mertua saya. Semoga Allah membantu kami sekeluarga. Sallehin pun jatuh demam. Ya, saya amat merindukan suami saya....

Happy Birthday PAPA

Happy Birthday my hubby...Selalu saya masakkan sesuatu yg special on his birthday..tapi tahun nie maaf la yer bang..tak larat mama....sudah tua kamu ya!!! Hik!
Well, mcm biasa tmpt mkn mesti saya yg decide..walau pun konon2 tanya suami nk mkn mana tp akhirnya tekak ku jua dipenuhi..hehehe...i ngandung kay!!

Secret Recipe..mmg tmpt fav la....Suami and Auni menunggu makanan sampai...


Set for hubby


Mine!!!

Auninyer burger!!!
Kekenyangan dah!!!

Apsal terselit gmbr baby plak nie??? Hehehe...Muhammad Amirul Mahdi selamat dilahirkan 2 hari selepas menyambut birthday papanya!!!
Alhamdulillah...selamat mak ko nak..tak yah nk smbut byk2 birthday...pak hang kene la kongsi dgn ko ye nak...hakhakhak...

Bercuti - Part 3

Balik dr Zoo Taiping kami terus bermalam di Heritage Hotel di Ipoh..Perancangan awal kami ingin bermain di Bukit Tambun Water Park. Tapi kami takut dengan H1N1 (selsema babi) yang telah dilaporkan di Ipoh sehari sebelum kami bertolak. Yelah, tempat ramai orang kan..berbagai bangsa pulak tu..ngeri pun ada..Jadi, Sallehin suggest pergi ke Lata Kijang, plus berbarbeque. Walaupun hanya keluarga kecil kami saje tp kira best gak...Kita pun perlu aktiviti utk keluarga kecil kita jugak kan??...

Well, mlm tu walaupun kami kepenatan tp nk jugak keluar mkn mlm di bandar ipoh..Sallehin suggest Chinese food tp selera saya nak mkn yg lain..tp tak tau nk mkn apa..Kesian suami saya terpaksa search di internet tempat mkn yg menarik utk dikunjungi...
Well, kami decide Medan Selera Datuk Tahwil kerana senang nak pi, halal dan makanannya boleh la...tp kalau ada peluang lagi nak cuba gak Restoran Laksamana Cheng Ho...One day...

Selepas bersarapan pagi di Hotel, kami terus check out dan pi ke Tesco Ipoh utk membeli keperluan utk berbarbeque..Tak byk yg kami beli..cuma udang, sotong, ayam ngan ikan jaket...hehehe..bolehlah

Nak mulakan berbarbeque ni tak mudah rupanya..kami hampir give up sebab arang tak menjadi..tp mungkin berkat usaha gigih sallehin berjaya jugak kami akhirnya..Auni pulak org yang paling happy sbb dpt berendam lama dlm air...sampaikan gigil kesejukkan...Well, kami merancang utk bercuti lagi hujung thn nie..dgn org baru :)...mungkin ke Terengganu atau ke Genting Highland...itupun kalau tidak ada halangan..insya Allah...

Bercuti - Part 2

Selepas train trip, kami berjln di sekitar Zoo Taiping, tapi tak lah satu zoo tu kami redah..lgpun Auni sket2..takut..paling takut dgn anak gajah. Anak gajah kat situ mmg jinak. Dr jauh nampak Auni dia mai dkt sgt, siap buat aksi..tp Auni berlari ketakutan..Anak gajah ni pun mcm boring trus blah.tp bila kami nk snap gambar dia pun mai balik...mmg jinak...
Penat berjalan perut pun lapor..nasib baik di sekitar zoo taiping ni byk menyediakan kerusi utk berehat..saya pun tak ingat bape byk kali kami berehat..

Auni sekarang mula belajar bergaya dpn kamera..mcm2 gaya yg nk dibuat..tp yg lawaknya nk buat peace lgsg tak reti...tunjuk jari pun kira ok lah....

Nasib baik kami bawa stroller..Auni mmg tak nak jalan lgsg...kalau tak mau semput papanya kene dukung...




Nuffnang