Theme Preview Rss

Kembara Muda 09 di Sg.Sedim

Salam,

Lama sudah saya tidak menjengah blog saya disebabkan kekangan masa dan biasalah bila dah berbadan dua, tenaganya makin kurang bila menjelang petang. Alhamdulillah sebelum ini saya sentiasa berulang alik bertemu dr pakar disebabkan tyhroid, dan sekarang hormon saya semakin stabil dan tidak perlu lg mengambil propanololol dan carbimazole yg sentiasa setia berada dlm handbag sy..baby pun semakin aktif dan insyaAllah saya bakal melahirkan bayi lelaki (harapnya benar, dah 5 kali scan dr confirmkan baby boy) pada awal bln Ogos ni. Nampaknya terpaksalah saya berpantang dlm bulan puasa.



Mengandung bukan penghalang bg saya utk menjalankan program untuk pelajar saya. Nama kelab Kembara, kalau tak bawa keluar mau bising budak2 ni mengomel. Jadi tempat yang paling dekat dan strategik adalah Sg sedim. Program ni saya buat sehari jer..malas nk bermlm..tak berani sbb 'tempat keras' kan...speciality kat tempat nie adalah white rafting. Kalau nk best straight 6 hours br syok tp memandangkan budak2 sy pokai dan peruntukan yg diberi oleh kelab amatlah ciput jd merasa rafting utk short distance je lah..bolehlah...





Janji ngan pelajar jam 6.30 pg berkumpul then jam 7.30 pg mula bergerak ke sg. sedim..tapi percayalah bila anda deal dgn pelajar lelaki yg bermasalah utk bangun pg dan perut meragam asik masuk toilet jer jam 8.30 pg br mula gerak. Belum lg masalah tayar pancit..jd dengan mereka mmg kene habaq mai awai wpn ketika itu saya br bgn tdo...Hehehe....



Bergerak malas ke tapak kem


Sementara menunggu fasilitator, Abang Nasir yg agak sibuk pg itu.



Mendapat penerangan ringkas daripada Abang Nasir




Tak sabar nak memulakan program.



Warm-up sebelum memulakan aktiviti



Kene lompat serentak..kalau tak Abang Nasir tak approve...



Sarapan dulu..Menu Nasi Lemak...Terliur plak ketika ni



First activity, abseiling....dpt penerangan yg teliti dr fasi dr peralatan, cara dan keselamatan. Teringin nk buat tp apakan daya..



Orang bawah pun ada peranan penting..kalau kwn2 yg sedang menuruni bukit tu hampir terlepas atau nk terjatuh, so tugas dia lah control tali dr bawah...jaga keselamatan...Budak2 ni suka pekena saya...geram btul...

Selepas abseiling, barulah aktiviti yg ditunggu2, water rafting. Tp sebelum tu kenelah pam dulu...kesian, pelajar pompuan yg kene pam...

Tugas ni paling tak larat..berat tau!Posing di gigi air...:)Budak2 nie..saya pun tak tau bila la terlepas atas jambatan nie..

Sebelum main rafting kene buat water confident dulu...





Sebelum tu posing dulu....

Lepas habis water rafting hujan turun dengan lebatnya...selebat2nya..jd terpaksalah aktiviti water tubing dibatalkan kerana takut air dr punca turun menderu dan membahayakan keselamatan pelajar. Jadi kene ganti dgn jungle treking.


Well, sepatutnya water tubing diganti dgn xplorace. Tp tak tau la napa budak2 ni tak moh main xplorace. dipujuknya abang nasir jungle treking..nasib baik abg nasir layannnn....so dibawanya pelajar di melihat air terjun...saya tak ikut la..rasa nk tercabut pinggang. sallehin yg jd pensyarah pengiring pun tak ikut. Jd budak2 nie dibawah tanggungjawab fasilitator..apalagi, saya dan sallehin ambil peluang ni utk berendam dlm air. tp digigi air saje sbb air terlalu deras..



Sebelum bertolak pulang, saya bg can kt budak2 nie utk mandi manda.. puas betul budak2 nie..kalau ada kesempatan lain saya ingat nk buat water rafting straight 6 hours. tak moh lg main sikit2 mcm nie..ramai yg ngadu tak puas...dan tentunya saya pun ada peluang utk main sama...hehehe

1 comments:

Sukahatiadam said...

harap2 mai lah lagi sedim. bnayk lagi benda boleh dibuat di sedim ni. nak bantuan pape cek . masuk blog sy dulu

Nuffnang