Theme Preview Rss

1st Day Mahdi di rumah pengasuh

Hari nie hari pertama saya bekerja setelah 2 bulan bercuti...Tak dinafikan ada sedikit stress..bukannya stress kene bekerja tapi stress terpaksa meninggalkan anak di rumah pengasuh. Bukannya tidak percaya kpd pengasuh..Saya tau pengasuh anak saya amat cekap dan mampu menguruskan 6 anak sekaligus..cuma saya rasa simpati pada anak kecil saya kerana kurang perhatian dan terpaksa berkongsi kasih pengasuh...Ya, saya memang tamak..Saya mahukan Auni dan Mahdi mendapat kasih sayang mutlak pengasuhnya...Tapi inilah hakikatnya..saya tidak mahu menghantar anak ke taska kerana kondisinya sama sahaja...'



Tengahari; saya terlupa membawa pemerah susu...Lalu saya terus kerumah pengasuh untuk nyusukan Mahdi. Kesian Mahdi, terpinga2 melihat saya menjengah muka di buaian. Saya susukan Mahdi didalam kereta barulah ada privacy..Selesai menyusu dia senyum memanjang menatap mata saya..Aduh, pandangan mata inilah yang buat hati saya cair...bisa membuat saya menangis..Rasa macam nk ambil cuti tanpa gaji khas untuk menyusu Mahdi..Terus saya serahkan kepada pengasuh tidak mahu berlama dengan Mahdi..Saya mengaku saya tidak kuat..
Terus ke pejebat suami, ingin memulangkan kunci kereta..airmata akhirnya turun jua...Tapi saya tau perasaan itu sementara sahaja..sepertimana perasaan saya kali pertama menghantar Auni ke rumah pengasuh...Harap anak2ku memahami..

0 comments:

Nuffnang